Pages

Tuesday, February 21, 2012

the art of war

Banyak aku tengok drama-drama swasta di televisyen yang menyiarkan kehidupan korporat di mana mereka sesama mereka berlumba-lumba antara satu dengan yang lain. Tak kiralah untuk pangkat, mengaut keuntungan ataupun kepuasan peribadi.

Aku sendiri menjadi saksi bagaimana guru homeroom aku dulu menjadi mangsa pengetua sekolah kerana rasa tidak puas hati. Pasal apa benda aku tak tahu. Yang aku tahu aku takde guru homeroom sebab guru homeroom aku 'dipecat atas sebab tidak mempraktikkan profession perguruan sebenar dan berambut panjang'. Ridiculos! natijahnya aku dan Alif Farhan tak ada guru homeroom untuk beberapa bulan. Nasib baik lepas tu ada guru baru datang dan ganti tempat beliau. Dia perempuan. tinggi. hot. aku panggil dia kak ngah. dia sayang Alif Farhan. Cis!

Pada pendapat aku, taktik menyingkirkan pesaing atau orang yang kita tidak suka adalah sesuatu yang klise dan tidak dramatik. Kurang daya suspens.

Aku ada sesuatu yang lebih cool iaitu meneutralisasikan musuh menjadi sahabat kita. Yup, you read it right!

Dan anda akan mendapat dua faedah dalam satu masa. Musuh tiada, kawan bertambah.

Contoh paling mudah ialah housemate aku dulu selalu ada masalah dengan budak-budak hitam di kampus aku. Oh, sebenarnya budak-budak blaiq pepol ini yang bawa masalah. Masuk rumah dengan kasut, toilet tak flush, pasang lagu Bob Marley kuat, masak bau macam harem. Bagaimana nak selesaikan masalah ni? Kalau nak sound diorang pun takut apatah lagi nak ajak bertumbuk.

Waktu ini lah pentingnya teori aku yang epic tadi. Dengan berkenalan dengan diorang, berbual-bual, kenal nama dan tempat tinggal apa semua, dengan mudah aku dapat atasi benda ini. Bila diorang buat perangai aku tak hesitate untuk tegur diorang depan-depan kerana kami berdua kenal. Kalau diorang pasang lagu kuat-kuat dengan pintu bilik tak tutup, aku masuk bilik diorang, bagi high five dan yow yow sikit, buat tarian shuffle satu dua lagu sambil diorang bertepuk tangan kat aku dan akhir sekali aku ayat

"Hey guys, Those songs were awesome and i like it but you know what? I have a test tomorrow. Could you please ahha ahha *buat gaya tangan suruh slow volume* Dan aku hempaskan dia punya speaker box ke lantai padan muka kau bangang!"

Pastu perlahan-lahan keluar dan tutup pintu bilik mereka. Problem solved!

"Keep your friends close and your enemy closer"


p/s: Politicians gonna hate this.

0 buih mulut:

semalam yg hangit

Related Posts with Thumbnails