Kecemerlangan anak buah K. Rajagobal yang secara purata hanya berumur 22 tahun mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia.
Dan yang paling mendapat pujian peminat bola sepak tanah air tak lain tak bukan ialah penjaga kubu terakhir Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
Apa yang aku tulis kat bawah ni perlu masuk dalam buku teks sejarah tingkatan 4 sepatutnya
Apex memulakan karier bola sepaknya dengan agak lancar. Menerima asuhan di Sekolah Sukan Bukit Jalil sebelum menyertai pasukan Harimau Muda dan PKNS pada tahun 2007.
Beliau kemudiannya memilih untuk menyertai pasukan negeri kelahirannya, Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Bagi saingan liga 2008, dia hampir langsung tidak diturunkan untuk pasukan utama kerana jurulatih lebih memilih untuk menggunakan khidmat pemain berpengalaman Halim Napi dan Shahrizan Ismail.
Seringkali aku dan Aime Wong berbual-bual kosong pada rehat separuh masa di stadium
"Agak-agak ko macam mana la kalu keeper utama kita injured ha? Takkan nak bagi kat Apex kot. Dah la pendek, putih, rambut stylo macam Sasaki Makio. Mesti dalam padang kontrol hensem. cannot go nih!"
My Apek, My Hero...haha. macam nak sama siot!
Musim 2009, nasib Khairul Fahmi masih lagi sama. Tidak mendapat peluang untuk bermain tambahan pula coach B. Sathianathan yang terkenal dengan puch-line 'Malaysian league is no football" membeli pemain baru dan memberi jersi nombor 1 kepada goalkeeper tinggi lampai dan jambu, Syed Adney Syed Hussin (kakak dia Sharifah Sofea hot siot! hoyeah)
Ada terdengar yang desas-desus mengatakan Khairul Fahmi dipancing oleh kelab lain tapi dia menolak, bermain untuk pasukan negeri tumpah darah sendiri lebih baik dan berbaloi, walaupun terpaksa membayar harga mahal untuk menunggu nombor 19 tercatit sebagai kesebelasan utama pasukan.
Seingat aku, Khairul Fahmi hanya terpilih untuk bermain satu perlawanan pada saingan Piala Malaysia 2009, iaitu menentang Kedah. Itupun hanya bermain 45 minit dan perlawanan itu tiada kepentingan langsung kerana Kelantan sudah layak ke pusingan kedua kejohanan.
good things come to those who waits
Di awal musim 2010, jika disebut nama Khairul Fahmi akak cashier Tesco masih lagi menggaru-garu kepala apatah lagi Mek Nah goreng pisang. Kalau sebut nama Apek pun mesti orang masih ingat Apek Senario.
Masa perlawanan Perak dengan Kelantan masa awal musim dulu. Aku dan kengkawan ada je terserempak ngan Apex duk jalan-jalan kat luar stadium Ipoh sebelum wisel start.
"Woih, Apex weh, keeper ke-3. Wat nate apo dio ni duk main alek luar lagi ore nk stat game dah nuh, mesti namo tak masuk list. haha. Gi la amek gamba nga dio nuh" -Amad Safuwe
"Haha. wat gapo amek gamba nga dio. Buke sohor pom"
. . .
Mungkin hanya nasib dan kebetulan, kecederaan yang menimpa Shahrizan Ismail, persaraan Halim Napi, dan ketidak-harapan peminat dengan Syed Adney membuka ruang untuk Khairul Fahmi beraksi.
Beraksi dengan sungguh mengagumkan. fuh!
Walaupun beraksi pada lewat musim, menghabiskan saki baki Liga Super dan beraksi di Piala Malaysia, ternyata kelibatnya mencuri perhatian.
Paling membuka mata peminat bola sepak tempatan ialah ketika perlawanan Kelantan bertemu Selangor yang disiarkan secara langsung di Astro Arena. Serangan bertali arus Selangor berjaya dipatahkan dengan macho sekali!
Kejayaan Kelantan merangkul Piala Malaysia buat pertama kali telah membuka hati K. Rajagobal memberi peluang untuk Khairul Fahmi menyarung jersi Malaysia.
Sekali lagi Khairul Fahmi dikatakan bernasib baik kerana penjaga gol utama iaitu Sharbinee Alawi dan Farizal Malias tidak cergas sepenuhnya untuk menghadapi Piala Asia 2010 di Guangzhou.
Persembahan keseluruhan skuad kebangsaan begitu membanggakan di Guangzhou kerana berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua kejohanan walaupun dicabul dengan rakus oleh China+Ben Williams laknatullah.
Kelemahan yang ketara ketika kejohanan ialah di bahagian defend, membuatkan Khairul Fahmi bertungkus lumus menjaga gawang daripada dibolosi.
Khairul Fahmi juga bermasalah dari segi komunikasi kerana kurang bersuara meberi arahan. Mungkin malu kerana beliau agak 'junior' dalam skuad itu.
kaum-kaum ibu pasti mengalir air mata melihatkan hero mereka di-gangbang secara hardcore oleh mat arab...
Piala AFF Suzuki 2010
Sebuah kejohanan terbesar di rantau Asia Tenggara. Sudah sekian lama mengikuti kejohanan ini yang dulu dikenali sebagai Piala Tiger, dari zaman Bertalan Biskei melatih skuad yang terdiri daripada Liew Kit Kong, Nanthakumar, Khalid Jamlus, V. Saravanan dan Amri Yahyah versi superman-suka-dive, sekarang tidak lagi. Namun persembahan skuad Harimau Malaya mula merosot entah di mana silapnya hingga terpaksa menukar coach beberapa kali.
Coach terakhir sebelum Rajagobal ialah Sathianathan. Silap 'Abe Ya' kerana beliau mencampuradukkan team hot prospect juara Pestabola Merdeka dengan pemain senior. Hancur beb. Sebab tu Rajagobal tak pakai pemain senior, pakai Amri je, itu pun nampak koya star.
Magis.
Itulah yang dapat dikatakan kepada skuad Malaysia. Pada kejohanan edisi kali ini, skuad bimbingan Rajagobal yang belum sampai 2 tahun melatih pasukan muda ini menampilkan persembahan yang cukup membanggakan.
Malas aku nak cerita panjang-panjang sebab tournament ni ramai orang ikut sebab sekarang ni zaman facebook dan lepak mamak kan
"While Vietnam had the majority of possession and had the best of the chances throughout the 90 minutes, Malaysian goalkeeper Khairul Fahmi was equal to the task when called upon at the My Dinh Stadium..." - Henrique Callisto, Vietnam Coach
Ketangkasan Khairul Fahmi menjaga gawang Malaysia mendapat pujian bertubi-tubi oleh seluruh penduduk Tanah Melayu. Sampai lani, kalu bukak profile facebook page beliau, selang satu jam aje mesti wall tu berubah wajah dengan komen-komen terbaru. Perghhh!
Harap-harap pujian betubi-tubi begini tidak merosakkan karier beliau.
Aku sebagai penyokong Kelantan yang dulu hanya duk tengok Apex main 'passing ayam' masa rehat half time, dulu pernah Cristiano Ronasrul nampak dia duk jual burger kat Pengkalan Chepa, kini merasa bangga dapat melihat beliau kini di persada dunia
Tahniah Khairul Fahmi. Tunjukkan semangat Malaysia Boleh kepada mereka-mereka yang mengutuk. Berjuanglah demi bendera yang tersemat megah di dada mu. hoyeah!!
idaman awek-awek kilang. Nasib baik da ade gewe dah...
Kredit juga kepada coach K. Rajagobal. Kesian aku tengok muka dia tiap-tiap match, muka takut-takut gitu. Chill la uncle, kalu FAM sack uncle dalam masa 3,4 tahun ni kitorang bakar itu wisma. haha
p/s: Konsert Rock The World 10 dan Final Piala Suzuki kena pada hari, waktu, dan tempat yang sama. So apa citer brader-brader sekalian?? nak pergi mana?? Puak mana yang lebih rock kental ni??


17 buih mulut:
hahah.sungguh terharu membaca ini! akan menyuruh apek dan aweknya membaca ini. apek mesti terharu! huhu.hopefully all d information is correct. :)
apek tetap dan masih merendah diri walaupun die sgt glamer bkn saje d klantan tp jugak di KL dan bukan mlayu je yg sokong die.even chinese n indian pun. ive seen it at my own eyes.
tq dear 4 dis article!
http://eringilegambar.blogspot.com/2010/12/goalkeeper-your-eye-candy.html
entri tanda sokongan peminat Kelate & Malaysia kpd pemain2 yg bermain sepenuh hati utk jersi mereka. timokaseh.
Tahniah apek dan kaum kerabat sedara mare beliau! huhu
haha entry kemain panjang, tp aku baca dr mula sampai habis. dia ni mmg hebat sial, lg2 time lawan vietnam aritu. respek! mintak2 kita dpt malukan indon lak utk final nanti. ganyang indonesial!
owh
dulu2 aku pelik juga
penjaga gol jepun mana lah nih
rupa2nya penjaga gol malaysia
muka dia cam jepun jer
heheheh
apa2pun dia memang best la
cool jer
P/S : Kenapa Kau Pakai Baju Warna Merah Nih? Kau Tak Takut Dengan Si Connie Ker?
salam. yup2. sangat terharu. n ada maklumat yg awk tertinggal sikit. lepas sek BJ n sebelum main ngn harimau muda dia main ngn PKNS..
btw, minta izin nk copy paste this entry st my blog ye..dnt worry. will acknowledge
huh..bangga ngea keeper Kelate ni..Mujur tak gelap mato srupo player hok gi ko N9..dengar kabar demo tu byr 20K++ untuk Hai-O dan seangkatan dengannya...
ayeem; gua tgh high ni bro Malaysia g final, sbb tu ade power nk tulis pnjg
hans; skang ni dh rambut pendek. dlu masa rmbut pnjg gaya mcm yakuza!
elia; tekejut ambo gewe apex mai komen sini. huhu. banggo2. buat apa mintak izin copy, amek je, apex awk awk yg punya. kihkih. p/s:mintak2 la tak trkantoi lg nagn mak aku yg aku ade blog. lalala
anon; disahkan memang diorang byr mahal, sbb gaji demo tu kt klate pun dlm 16-19k. nk pacing pemain memey la kna tmbah gaji. kayo2!
Best juge bace entry awok wahai mat pintu. Dulu tak sape kenal sape apex kan. Even saye selalu turun ke stadium tgk bola especially kalu kelate lawan la kan, pun tidak kenal sapekah mamat jepun itu (mcm jepon la heheh)dan saye tanya someone ni (salah sorg FIFA ref) dia ckp tu la Khairul Fahmi yg diturunkan jd sebelasan utama lepas Syed Adney tidak berapa menyerlah hinggakan penah bg gol mudah pd Kedah dlm game awal 2010 (masa tu penyokong tggu nk katok adney..hehe). Lepas tu selalu tgk apex diturunkan oleh coach. Kira peluang bagus utk dia tunjuk kan kehebatan la kan. Da la muda lg, bagus utk lg lama majukan career bola dia.
wow. ore tino pun minat bola jgk? hebat.
ya, ingat lg masa syed adney wat silap tu, napok kube benar. Pastu Abe Ya panggil smula Halim Napi, tua sgt. Pastu baru panggil Apex, muda & berbakat. yeah
tahniah malaysia... lead 3-0 sekarang nie... untuk first leg... harap kekalkan momentum di indonesia... kontroversi main laser2 lah pulak..
zik; ahh, laser tu alasan je. dah betaun2 aku tgk match bola biasa je laser2 tu, bkn affect sgt kalu kena mate, lain la kalu laser beam tu halus je, tu yg bahaya. yg ni jauh kot.
3-0 dh lebih drp cukup. konfem menang! haha. MALAYSIA!!
menjengok ke sini! suka sgt entry ni!! mmg apex sgt hebat! harap die mampu mengharumkan nama malaysia di persada dunia... heeheh...
Malaysia dh menanggg!!!!!
seyes..
terharu!!..
kenape kan..
susah nak bagi peluang kat pemain-pemain simpanan..
mane nak tau kehebatan mereka kalau tak diberi pendedahan dan peluang beraksi dengan pihak lawan..
tahniah..
wah..best bc! peminat2 setia gni je yg tau pkmbngn pemain2 bola nih.tabik2..
berkat ksabaran apex tu..alhmdulillah..
@aliesha kirana; ya, harap2 mcm tu la...marilah kita sama2 menyokong
@cikdonat; itu la masalahnya. di Malaysia takde liga reserve yg sempurna, pasukan kebangsaan u19, u21 pun kurang di war-warkan sehingga muncul Harimau Muda. Faktor paling besar, sbb rasa terlalu 'hotmat', biasa la org Melayu, kena hormat org tua a.k.a pemain senior
@jejaka kelantan tough; semoga anda tough sokmo...
@Semarak Api; malu ar nak ngaku setia, sbb masa Malaysia main bkt jalil aritu gua x pegi, gua pegi kenduri kawen nenek gua masa tu. kuikui. Alhamdulillah semuanya
Post a Comment